Followers

Powered By Blogger

BTemplates.com

Wednesday, April 18, 2018

Tips nak renew pasport expired atau hilang


Ni pasport yg dah siap buat tadi



Dah beberapa minggu aku nak buat pasport tapi ada je yg tak kena. Jumaat minggu lepas ke RTC Rembau, tapi bila masuk ke pejabat imigresen masa dah tepat-tepat pukul 4.30. Sebabnya sampai je ke RTC aku ke JPN dulu untuk ambil surat beranak Yaya yang baru. Dah lah gerak dari pejabat dlm pukul 2 lebih.  Sampai kat JPN ramai orang rupanya. Redha je lah.

Tanya pegawai yang bertugas dia kata UTC Seremban buka sampai malam pada hari Ahad. So Ahad plan nak ke UTC. Tapi bila tengah hari dah penat pulak sebab sibuk berkemas dengan masak. Yaya aku hantar ke rumah ibu pengasuh. Duk belakang rumah je.  Tengah bersiap-siap adik aku (ibu pengasuh yaya)..hantar Yaya balik. Tgk Yaya mcm mengantuk.  Aku pun dah mcm nak tak nak je pegi.

Akhirnya Yaya terlelap. Aku join sekali.😁😁😁. Dalam pukul 5 lbh baru nak gerak ke Seremban. Banyak pulak kete kat jalan. Sampai UTC dah pukul 6.30 ptg. Nampak sangat cerdiknya hahaha...😂😂😂

Aku saje tanya adik yg keje kat kedai fotostat. Dia kata imigresen tutup pukul 7 sampai pukul 8 malam. Buka semula 8 hingga 9. Malas pulak nak tunggu.

Aku turun semula ke tingkat bawah UTC,  layan Yaya main permainan kat situ. Yaya sibuk nak aiskrim. Aku malas nak beli aiskrim yg ada tu sebab besar sangat.  Aku pun tak berapa suka aiskrim tu. Sudahnya aku bawak Yaya g makan Aiskrim kat AEON Seremban 2.

Lps makan aiskrim kita org balik. Adik aku aibu pengasuh Yaya ada. Belum balik lagi.  Aku cakap aku x jadi buat pasport. Entah macam mana dia kata kalau pasport hilang x boleh buat kat RTC atau UTC. What !!!!🤐🤐🤐

Patutlah mcm ada je yang tak kena. Sambil layan Yaya aku berfikir2 kat mana aku letak pasport lama tu. Rasanya macam dah let go je.  Pandai sangat kan.  Suka hati je buat mcm tu.

Lepas Yaya tido aku google apa nak buat kalau pasport hilang. Rupanya betul apa adik aku cakap. Kalau masuk jugak kat UTC ptg Ahad tadi mmg sia2 je lah.

Hari Isnin baru2 ni aku tanya staf.  Dia kata buat kat Imigresen Melaka je. Cepat siap. So tadi dalam pukul 1.30 gerak lah ke Melaka. Betul sangat.  Sampai dalam pukul 2.20 pm. Terus ke kaunter ambil nombor. Orang pun x ramai. Tak sampai 10 minit dah panggil nombor.

Apa yang pegawai imigresen tu beritahu lepas ni kalau hilang kali ke dua dan ke tiga je boleh buat pasport. Kali ke 4 tak boleh buat pasport langsung. Jadi kepada sesiapa yg ada pasport antarabangsa tu simpan elok2. Walaupun dah expired. Jangan suka2 nak buang. Bila dah tamat tempoh,  nak renew bawa yang dah expired tu. Pihak imigresen akan batalkan pasport tu. Dan satu lagi tips,  tak payah susah2 nak bawak gambar saiz pasport lg.  Tak laku hahaha. Pegawai imigresen tu ckp x perlu.

Ambil gambar dpn kaunter tu je. Nasib ler...makcik yg dh x berapa lawa ni makin x lawa...😂😂😂. Lupa pulak.  Pasport tu siap tadi dalam pukul 3.15. Tak sampai 1 jam pun. Jadi kalau yg duduk N. 9 tak payahlah nk bersesak kat wisma persekutuan tu. Dgn payah nk parking. Tak pun ke UTC di Ampangan,  Seremban pun ok.  Kalau kat RTC Rembau siap dlm 3 hari.

Tu je lah nak kongsi pasal pasport tu. Panjang pulak posting ni.  Tapi Lega sangat pasport dah siap.  Boleh ler berjalan bulan Ogos nanti☺☺

Belanja gambar Yaya tgh main doktor2 😍😍
Gambar atas ni x de kaitan pun dgn pasport. Cuma masa Yaya tgh main,  aku masih terfikir2 kat mana aku letak pasport yg dah lama expired tu. Aku jarang buang benda2 mcm tu...tapi x tau lah...hmmmm

Thursday, April 12, 2018

Baby Alien..🤗🤗


Masa ni yaya baru berumur 5 hari. Aku panggil dia baby alien...hahaha. Semua org kata pasal apa panggil alien...hahaha saje je sebab aku rasa masa tu mmg lain muka dia...tapi comel je kan heee



Me and Yaya


Assalam, pertama kali buat post berkaitan aku dengan yaya. Biasanya buat blog untuk yang formal je. Kali ni try buat blog hanya untuk aku dan yaya dan perkara-perkara yang biasa-biasa je. Gambar-gambar kat bawah ni semua gambar tahun 2017 dan 2018. Sekian untuk kali ni...